Assalamualaikum..
Pernah dengar penyakit Gout?
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak
menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular
dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia
lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.
Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang
kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia
antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca
daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada
kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya
di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika
dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan
pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan
kulit.
Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku
pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi
mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout
tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang.
Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan
ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.
Apakah punca gout?
1. Cara pemakanan – mereka yang banyak minum minuman manis,
daging merah dan makanan laut. Begitu juga mereka yang banyak makan kekacang
2. Genetik – Gangguan genetik yang menyebabkan lebihan asid
urik dalam badan dan kesukaran membuang asid urik. Mereka yang mengalami gout
kemungkinan mempunyai anak yang mempunyai masalah gout juga.
3. Masalah kesihatan - Gout kerap berlaku dalam
kombinasi dengan masalah perubatan lain. Antaranya sindrom metabolik, gabungan
obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan tahap lipid yang
tidak normal
4. Ubat-ubatan – pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan
seperti aspirin, nicotinic asid, diuretik turut boleh menimbulkan serangan
sakit gout
Alfalfa dan Gout
Alfalfa dikatakan mengandungi tahap purines yang tinggi yang
boleh membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan.
Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan
mengurangkan tinggi paras asid urik dalam darah anda, ia juga mempunyai
ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Jadi ia adalah satu pilihan
yang sangat baik untuk melegakan gout.
No comments:
Post a Comment