Thursday 14 February 2013

Bagaimana GLA Complex Daripada Shaklee Membantu Proses Kehamilan?


Manfaat GLA




Salah satu daripadanya ialah 'kesuburan' yang mana pasti akan terlintas perkataan 'kehamilan' di minda masing-masing kan? Maka, ramailah yang bertanya, bolehkah GLA Complex ini membantu kehamilan..

InshaALLAH.., Shaklee adalah salah satu daripada usaha-usaha kita..Tak rugi sbenarnya untuk mencuba..

Jadi, BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU ANDA UNTUK CEPAT HAMIL?

credit to vitaminsemulajadi.com

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?


Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA(gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.


Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?


GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^




Jadi, amat penting untuk KITA mengenali 'cecair kesuburan' ini ya?

Jadi, jika mahukan tips2 cepat hamil, feel free to contact me ya! :)




Friday 8 February 2013

VIVIX dan DIEBETIS

Kali ni nak cerita pasal kaki abah saya yang kena operate disebabkan diebetis.. Cukup sedih bila lihat sendiri kaki abah yang dah operate dibuang segala daging yang mati sampai nampak tulang..masa tuh kami ikut je apa suggestion dari DR pakar di HTAA.. Abah pun redha juga untuk menghadapi masa2 akan datang pada masa tu..Cukup bernasib baik kaki abah tak kena potong. Di ward HTAA, abah dikelilingi dengan pesakit2 diebetis yang kena potong kakinya. Malah ada seorang pesakit meninggal dunia ketika itu disebabkan diebetis juga, kakinya dipotong sehingga paras peha. Kami sekeluarga berdoa supaya kaki abah masih boleh diselamatkan tanpa dipotong.

Gambar kaki abah selepas operate



Abah ditahan ward selama 10 hari. Setelah keluar Ward, saya bertekad untuk memberi abah VIVIX  dan ESP. Saya banyak membaca berkenaan VIVIX di dalam blog otai SHAKLEE.. Alhamdulillah, Allah memberi saya dan adik peluang untuk menghadiahkan abah VIVIX. Saya menyarankan supaya abah mangambil setengah sudu VIVIX sebelum tidur dan ESP diambil semasa sarapan dan makan petang. Diebetis ni yang paling penting adalah mengawal kandungan gula dalam darah. Kebiasaanya pesakit diebetis kadar kandungan gula akan menjadi cepat tinggi dan cepat rendah bacaannya. Sebab tu kadang2, pesakit diebetis akan pitam sekiranya kandungan gula drop sangat rendah.

Abah memang menetap di rumah saya selama 2 bulan kerana memudahkan saya untuk dressing kaki abah. Sekiranya suami ada, baru la abah akan di bawa ke klinik 1 Malaysia untuk dressing. Selain tu, saya juga senang untuk memantau pemakanan abah. Alhamdulillah berkat doa, dalam masa 2 bulan kaki abah dah nak beransur baik.. Abah pun dah boleh berjalan tanpa tongkat, dan bacaan diebetis abah sekarang dah jadi normal iaitu 5-6..  Selain tu nak cerita sikit, saya tengok kulit muka abah jadi licin, cerah dan gebu. Agaknya penangan ambil VIVIX dan ESP rasanya.. Memang nampak berseri-seri je..

Keadaan kaki abah selepas ambil VIVIX dan ESP




Alhamdulillah, sangat seronok melihat abah kembali sihat dan ceria.. Muka abah pun Nampak berseri2 dan tubuh badan abah makin berisi sebab selera makan bertambah semula.
Yang paling penting adalah USAHA sebelum berserah...
Sihat kan satu nikmat dan satu anugerah yang besar...


Jom dapatkan VIVIX dan ESP untuk IBU BAPA tersayang..Cepat...!!!


Nak tahu lebih lanjut tentang forlmulasi VIVIX yang best ni, baca di SINI



Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, azielaamin@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 013-3486878  . Dengan pembelian dari FB Oohh MY Vitamin dan blog  http://auradatinzemas.blogspot.com/ anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA dan FREE GIFT. Jom, tempah sekarang!!

                  +













Friday 28 December 2012

VIVIX


Vivix adalah penemuan revolusi terbaru Shaklee..  Vivix bagaikan magic portion No. 1..
Apa itu vivix?
Ia adalah sejenis supplemen dalam bentuk cecair.  Ianya pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain.


Apa kandungan Vivix?

Vivix ia mengandungi resveratrol.
Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

Ni saya nak share satu rahsia..
Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...



Apakah itu Resveratrol?

• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser



Tapi takkanlah kita as muslim nak gi minum wine merah plak kan..hehe.. ALTERNATIF terbaik adalah dptkan vixix..Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah..Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),



Hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh 
(3000-5000 ORAC).

Kualiti yang diberikan oleh VIvix sememangnya setimpal dengan wang yang anda bayar.





Wednesday 26 December 2012

APA ITU GASTRIK?


GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
                                    
Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.



Punca-punca lain Gastrik:

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan kokain
Merokok
Stres
Gangguan autoimun
Penyakit crohn
Radiasi dan kemoterapi
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Supplement SHAKLEE yang dicadangkan untuk membantu meredakan gastrik:

  1. VIVIX - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  2. ESP - penting dalam pemulihan (elakkan susu)
  3. Alfalfa Complex - mengurangkan keasidan dan inflamasi
  4. Peppermint Ginger - membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi
  5. Omega Guard - menghalang saluran perut dan usus dari ulser
  6. Zinc Complex - menggalakkan pemulihan segera
  7. Carotomax - memelihara membranmukosa perut dan usus

Friday 7 December 2012

KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE


Alhamdulillah, Sekarang ni semua tengah  demam SHAKLEE COLLAGEN POWDER... tido SCP, mandi SCP, makan SCP...semua nak SCP...bkn apa, bln ni SHAKLEE bermurah hati bagi harga promosi murah GILERRRR...sebelum ni semua kata mahallll je, haaa... sekarang ni rebut la peluang  sebab PROMOSI gila-gila...JOm tengok tips untuk pilih COLLAGEN yang baik dan bagus sebelum kita beli..JANGAN asyik terpedaya dengan harga murah dan macam-macam TESTIMONI..




Shaklee Kolagen bermolekul sangat ringan ..kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.Kat sini ada panduan nak pilik collagen..x boleh main redah beli je ye..haa.. jom baca 8 panduan memilih collagen..


8 (LAPAN) PANDUAN MEMILIH COLLAGEN YANG BAIK & BAGUS



1. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.


2. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.


3. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan


4. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri


5. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan



6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)


7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.


8. Akhir sekali, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin

Thursday 6 December 2012

ALFAFA DAN GOUT


Assalamualaikum..
Pernah dengar penyakit Gout?
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.
Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu. 

Apakah punca gout?
1. Cara pemakanan – mereka yang banyak minum minuman manis, daging merah dan makanan laut. Begitu juga mereka yang banyak makan kekacang
2. Genetik – Gangguan genetik yang menyebabkan lebihan asid urik dalam badan dan kesukaran membuang asid urik. Mereka yang mengalami gout kemungkinan mempunyai anak yang mempunyai masalah gout juga.
3. Masalah kesihatan - Gout kerap berlaku dalam kombinasi dengan masalah perubatan lain. Antaranya sindrom metabolik, gabungan obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan tahap lipid yang tidak normal
4. Ubat-ubatan – pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan seperti aspirin, nicotinic asid, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout

Alfalfa dan Gout

Alfalfa dikatakan mengandungi tahap purines yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan. 
Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan tinggi paras asid urik dalam darah anda, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Jadi ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout.

Saturday 24 November 2012

LECITHIN




1)    Sebagai pelarut KOLESTROL- MENCEGAH PENYAKIT SEPERTI HIGH BLOOD PRESSURE,STROKE,HEART DISEASE, DAN ARTERI YANG MENGERAS.

2)    Lecithin adalah zat untuk KECANTIKAN.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga mencegah penyakit ECZEMA..

3)    MEMECAHKAN LEMAK- WOWWW…orang nak kurus pasti suka..

4)    Menyerap zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan kita..

5)    Membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

6)    Membantu system imunisasi dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria dan melindungi sel dari teroksida.

7)    Membantu sel otak untuk berkembang,  contoh membantu untuk daya ingatan dengan cepat.

8)    Membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang iaitu system penghadaman

9)    Mencairkan lemak dan memudahkan penyerapan zat2 seperti VITAMIN A,D,E,dan K ke dalam tubuh badan kita

10)                Berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopouse.

11)                Menggalakkan proses tidur dengan mudah.

LinkWithin