Thursday 24 November 2011

“Antara Emas dan Wang Kertas”

“Antara Emas dan Wang Kertas”
Perbezaan yang amat ketara antara emas dan wang kertas. Wang kertas hanya bernilai mengikut pengistiharan sesebuah Negara dan mengikut Negara yang mengikitirafnya manakala emas tiada had dan seluruh dunia mengistiharkan nilainya. Susut nilai wang kertas sangat tinggi dan pergantungan terhadap inflasi tetapi tidak bagi nilai emas, pergantungan inflasi sifar. Terbukti harga emas 2001 sekitar RM30/g tetapi kini (semalam sahaja 16/11/2011) telah mencecah RM208/g (boleh buat perbandingan dengan merujuk www.kitco.com; 10 years gold pattern). Fikir-fikirkan, betapa beruntungnya insan yang telah memulakan penukaran wang kertas kepada emas dan telah menjadi asset sekian lama sebagai contohnya: aset hanya 100g emas pada tahun 2001 adalah bernilai RM3000 tetapi kini telah mencecah RM20800 hampir RM17800 keuntungan walaupun hanya disimpan di bawah bantal atau dipakai di badan. Mari ambil langkah bijak tukar wang kertas anda kepada emas untuk manfaat diri dan generasi akan datang.

“Beli Emas lindungi Ekonomi Keluarga”

“Beli Emas lindungi Ekonomi Keluarga”
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa harga emas melambung-lambung dalam masa 10 tahun ini melebihi 500%! Terutamanya 6 bulan kebelakangan ini. Faktor sebenarnya kenaikan ini ialah kebimbangan negara-negara dunia dengan krisis hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Data IMF menunjukkan bank-bank pusat seperti Thailand, Rusia dan Kazakhstan dan Korea Selatan menambah rizab emas dalam pegangan mereka dalam masa 4 bulan yang lepas. Korea Selatan sebagai contohnya, buat pertama kali membeli emas dalam masa 10 tahun ini. Korea Selatan borong 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011. Kalau negara-negara lain dah mula menunjukkan ‘desperate’ membeli emas untuk lindungi ekonomi dan masa depan mereka, maksudnya begitulah juga persamaannya yakni kaedah yang sama untuk ekonomi keluarga kita.

Apa yang kita boleh belajar dari fenomena ni ialah, emas adalah kekayaan dan keupayaan pasak ekonomi sebenar. Jangan biarkan duit kita terbiar tanpa disandarkan kepada emas iaitu duit simpanan tetap dan yang tidak dirancang penggunaan dalam masa terdekat iaitu dalam tempoh 6 bulan terdekat. Contohnya harga emas januari 2011 adalah sekitar RM150/g dan Jun 2011 sekitar RM170/g manakala kini Nov 2011 sekitar RM190/g (Boleh rujuk harga di website Bank Negara:http://www.bnm.gov.my/index.php?

LinkWithin