GASTRIK
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis
penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan
yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria
helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada
kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di
bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa
mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk
menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri
seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan
mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang
melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang
panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut.
Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga
hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama,
merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan
makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan
boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat
dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan
tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan kokain
Merokok
Stres
Gangguan autoimun
Penyakit crohn
Radiasi dan kemoterapi
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang
lemah sistem ketahanan badannya
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah
pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya
disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau
ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang
panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera
makan selepas makan sedikit.
Supplement SHAKLEE yang dicadangkan untuk membantu meredakan
gastrik:
- VIVIX - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
- ESP - penting dalam pemulihan (elakkan susu)
- Alfalfa Complex - mengurangkan keasidan dan inflamasi
- Peppermint Ginger - membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi
- Omega Guard - menghalang saluran perut dan usus dari ulser
- Zinc Complex - menggalakkan pemulihan segera
- Carotomax - memelihara membranmukosa perut dan usus
No comments:
Post a Comment