Friday 28 December 2012

VIVIX


Vivix adalah penemuan revolusi terbaru Shaklee..  Vivix bagaikan magic portion No. 1..
Apa itu vivix?
Ia adalah sejenis supplemen dalam bentuk cecair.  Ianya pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain.


Apa kandungan Vivix?

Vivix ia mengandungi resveratrol.
Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

Ni saya nak share satu rahsia..
Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...



Apakah itu Resveratrol?

• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser



Tapi takkanlah kita as muslim nak gi minum wine merah plak kan..hehe.. ALTERNATIF terbaik adalah dptkan vixix..Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah..Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),



Hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh 
(3000-5000 ORAC).

Kualiti yang diberikan oleh VIvix sememangnya setimpal dengan wang yang anda bayar.





Wednesday 26 December 2012

APA ITU GASTRIK?


GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
                                    
Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.



Punca-punca lain Gastrik:

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan kokain
Merokok
Stres
Gangguan autoimun
Penyakit crohn
Radiasi dan kemoterapi
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Supplement SHAKLEE yang dicadangkan untuk membantu meredakan gastrik:

  1. VIVIX - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  2. ESP - penting dalam pemulihan (elakkan susu)
  3. Alfalfa Complex - mengurangkan keasidan dan inflamasi
  4. Peppermint Ginger - membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi
  5. Omega Guard - menghalang saluran perut dan usus dari ulser
  6. Zinc Complex - menggalakkan pemulihan segera
  7. Carotomax - memelihara membranmukosa perut dan usus

Friday 7 December 2012

KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE


Alhamdulillah, Sekarang ni semua tengah  demam SHAKLEE COLLAGEN POWDER... tido SCP, mandi SCP, makan SCP...semua nak SCP...bkn apa, bln ni SHAKLEE bermurah hati bagi harga promosi murah GILERRRR...sebelum ni semua kata mahallll je, haaa... sekarang ni rebut la peluang  sebab PROMOSI gila-gila...JOm tengok tips untuk pilih COLLAGEN yang baik dan bagus sebelum kita beli..JANGAN asyik terpedaya dengan harga murah dan macam-macam TESTIMONI..




Shaklee Kolagen bermolekul sangat ringan ..kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.Kat sini ada panduan nak pilik collagen..x boleh main redah beli je ye..haa.. jom baca 8 panduan memilih collagen..


8 (LAPAN) PANDUAN MEMILIH COLLAGEN YANG BAIK & BAGUS



1. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.


2. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.


3. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan


4. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri


5. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan



6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)


7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.


8. Akhir sekali, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin

Thursday 6 December 2012

ALFAFA DAN GOUT


Assalamualaikum..
Pernah dengar penyakit Gout?
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.
Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu. 

Apakah punca gout?
1. Cara pemakanan – mereka yang banyak minum minuman manis, daging merah dan makanan laut. Begitu juga mereka yang banyak makan kekacang
2. Genetik – Gangguan genetik yang menyebabkan lebihan asid urik dalam badan dan kesukaran membuang asid urik. Mereka yang mengalami gout kemungkinan mempunyai anak yang mempunyai masalah gout juga.
3. Masalah kesihatan - Gout kerap berlaku dalam kombinasi dengan masalah perubatan lain. Antaranya sindrom metabolik, gabungan obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan tahap lipid yang tidak normal
4. Ubat-ubatan – pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan seperti aspirin, nicotinic asid, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout

Alfalfa dan Gout

Alfalfa dikatakan mengandungi tahap purines yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan. 
Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan tinggi paras asid urik dalam darah anda, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Jadi ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout.

Saturday 24 November 2012

LECITHIN




1)    Sebagai pelarut KOLESTROL- MENCEGAH PENYAKIT SEPERTI HIGH BLOOD PRESSURE,STROKE,HEART DISEASE, DAN ARTERI YANG MENGERAS.

2)    Lecithin adalah zat untuk KECANTIKAN.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga mencegah penyakit ECZEMA..

3)    MEMECAHKAN LEMAK- WOWWW…orang nak kurus pasti suka..

4)    Menyerap zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan kita..

5)    Membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

6)    Membantu system imunisasi dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria dan melindungi sel dari teroksida.

7)    Membantu sel otak untuk berkembang,  contoh membantu untuk daya ingatan dengan cepat.

8)    Membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang iaitu system penghadaman

9)    Mencairkan lemak dan memudahkan penyerapan zat2 seperti VITAMIN A,D,E,dan K ke dalam tubuh badan kita

10)                Berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopouse.

11)                Menggalakkan proses tidur dengan mudah.

Saturday 17 November 2012

KELEBIHAN ESP

 KELEBIHAN SHAKLEE ESP UNTUK ANDA
---------------------------------------------
1) Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
3) Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4) Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
5) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang dari sebulan hanya dengan ESP.
6) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
7) Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
8) Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
9) Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
10) Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.



1. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

2. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian

3. Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

4. Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia)bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.

5. Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

_____________________________________________

Siapa yang perlukan ESP?

  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa: As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki: Protect from any disease (heart,cancer,etc)
  • Ibu mengandung: For a healthier pregnancy-well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil
  • Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat
  • Wanita: Keanjalan kulit.. Untuk awet muda... (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).





  Additional Info:

Parut jerawat/jeragat adalah sel mati yang tak dapat ditanggalkan/hilang dari muka disebabkan tiada sel baru yang cukup untuk menggantikan sel mati tersebut. Maka, pengambilan protein sangat penting untuk pertumbuhan sel baru. Protein yang cukup akan menjadikan kulit wajah yang kusam bertukar menjadi lebih cerah dan berseri...




Thursday 15 November 2012

"COLLAGEN POWDER" Tambahan nak kulit nampak cantik, licin, dan berseri-seri..

Apa rahsianyee???

"Amboii.. berseri-seri nampak sekarang... kulit pun nampak cantik dan licin je..ada pakai produk apa2 ke?" Ramai yang tegur saya mcm tu.. Mungkin lama tak jumpa sebab cuti bersalin 3 bulan, tu yang nampak perbezaannya.. Saya ni just suka pakai bedak and lip ice je..x de la nak pakai make up mcm blusher ke...kekadang je teringin nak pakai eye shadow...tu pun kalau tetiba rajin...

Terasa nak share plak ngan kengkawan apa yang saya amalkan untuk nak kulit cantik berseri... Sepanjang saya cuti bersalin ni, saya konsisten ambil vitamin Shaklee.. Apa yang membuatkan saya percaya kepada vitamin Shaklee? Tentulah kerana keberkesanannya yang telah terbukti secara klinikal. Setiap Vitamin Shaklee hanya menggunakan unsur-unsur semulajadi, oleh itu ianya amat mesra alam dan selamat digunakan...

Nak tau vitamin apa yang saya amalkan??? Tentulah "SET CANTIK" SET SCINCARE VIT B,C, E + ESP dan yang paling penting yang  saya nak share adalah Produk terbaru Shaklee iaitu Collagen Powder yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Collagen ni mmg sangat penting untuk kaum wanita sekarang nih.
Sebenarnya ada berbagai jenama serbuk kolagen di pasaran, cuma agak ragu nak mengambilnya kerana kita tahu bukan senang nak hasilkan serbuk kolagen dari sisik ikan.  Sumber yang digunakan mesti halal dan proses mengekstrak collagen daripada haiwan dengan menggunakan bahan kimia atau pun enzim yang di ambil daripada haiwan juga. mestilah halal.  Jadi bila Shaklee sendiri keluarkan produk ini dengan Pengiktirafan HALAL ISA, saya lebih yakin untuk menggunakannya. Jom baca pasal Collagen Powder Shaklee

 Sebab apa Collagen Powder?

 Kerana ia terbukti berkesan untuk:

- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%

  • ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
  • MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
  • MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
  • MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
  • MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
  • MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara
Wowww.. banyaknye faedah Collagen Powder Shaklee ni.. patut la kulit rasa lembab dan terasa licin je.. Syokk sangat bila diri sendiri terasa keberkesanannya.. Apa lagi kawan2, jangan lepaskan peluang untuk merasai Collagen Powder ni.. Nak tengok testimoni saya  menggunakan Collagen Powder Shaklee? Tentu korang semua suka bila dapat perubahan mcm tu.. Gambar  1 saya sendiri, Gambar 2 dari testimoni yang menggunakannya...  Jom tengok...


1
2



Ingin tahu lebih lanjut tentang Collagen Powder Shaklee? Hubungi saya dengan kadar segera untuk sesuatu yang istimewa… ^^




Saturday 10 November 2012

"SET CANTIK" SET SKINCARE -VITAMIN B,C.E + ESP


Jom baca vitamin apa yg diperlukan untuk kulit cantik berseri, licin, gebu dan bebas jerawat...



Nak kulit cantik dan berseri!!!


Alhamdulillah, semakin ramai mempunyai kesedaran untuk cantik secara semulajadi dgn suplemen SHAKLEE yg UNGGUL... 100% SEMULAJADI, HALAL dan SELAMAT.. Details untuk vitamin yang membantu penjagaan kulit muka boleh klik di:

v  BComplex – untuk kulit dan rambut yang sihat dan cantik.

v  VitaminC – melindungi kulit kita daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kedutan pada wajah.  Ianya melindungi kulit wajah daripada terkesan dengan sinaran matahari.

v  VitaminE with Selenium – Vitamin E Shaklee adalah kombinasi dengan selenium. Apa fungsi selenium ini? Selenium ialah mineral antioksidan yang berfungsi untuk keanjalan tisu.  Ianya juga melindungi kulit wajah dari pancaran ultraviolet (UV rays) yang boleh menyebabkan kanser kulit.  


 v  B Complex >>> for Beauty..

v  Vitamin C >>> for Collagen..

v  Vitamin E >>> untuk Awet Muda..


Mudahkan?? Dan hasilnya... Memang super marvellous…!! (credit)to http://ceritacinta04.blogspot.com




Jangan lupa add on sekali ESP ya... Kenapa perlu ESP??

Esp adalah protein, ianya bantu sihatkan sel. Sel yang sihat dapat menyerap vitamin lain yg diambil dgn lebih baik. Kalau sel tak sihat, vitamin akan ambil masa lebih lama utk diserap dan beri kesan pada kita. Mostly customer yg amik vitamin dgn ESP, pasti akan REPEAT ORDER sbb kesannya memang tersangattt best…

VITAMIN E COMPLEX


7 Rahsia kenapa wanita perlukan Vita E Complex ni
                           
v  Vitamin E membuatkan anda nampak muda, Vitamin E melambatkan proses penuaan.
v  Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
v  Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan
v  Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar
v  Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka
v  Pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap di aerola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
v  vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Kegunaan lain Vitamin E

Terdapat pelbagai kegunaan lain vitamin E untuk penjagaan kulit:

v  membantu mengurangkan kemunculan kesan regangan.
v  membantu mencegah kemunculan tompok penuaan.
v  membantu mengekalkan keseimbangan minyak kulit semasa proses pembersihan (sesuai untuk  yang menghadapi masalah kulit berminyak).



Vitamin E juga Kurangkan Parut Luka dan Chicken Fox


kredit to: ceritacinta04.blogspot.com

Bulan July lepas, hubby kena chicken pox yang agak teruk. Habis satu muka dia penuh dengan parut2 chicken pox tu. Fai pn apa lagi, bila hubby baik jer dari chicken pox... Fai terus sapukan minyak vitamin E kat tempat2 parut di kawasan muka hubby. Memang sapu sungguh2 la sebab nk bagi parut2 tu cepat pudar. Hihi... Bila parut tu dah mula pudar, fai hanya sapukan vitamin E 2-3kali seminggu jer. Tapi yang penting Fai memang tak pernah skip bagi hubby basic vitamin (optimum set). Alhamdulillah... Setelah lebih kurang 2-3 bulan, parut-parut kat muka hubby semakin pudar dan berkurang... Syukur sangat...
Ermmm, mulanya Fai sendiri tak percaya tengok gambar ni. Siap kelip2 mata lagi... Hihi... Yela, kadang2 kita ni yang hari2 ngadap muka, bertentang mata... tak perasan sangat perubahannya. Tapi bila dah tengok balik gmbar en.hubby masa kena chicken pox dulu compare dengan gambar sekarang.... Pheeewwiiiittt.... Memang rasa macam "magic"... Hihi... Raya Aidiladha yg lepas pun adik Fai ada tegur "kak, muka abg dah bersih laaa" hehehe... Yes!!! Fai memang gelarkan vitamin E ni "vitamin ajaib"... Hanya yang dah alaminya akan percaya keberkesanannya... ^-*


Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum...

Apa bezanya vitamin E shaklee dengan yang ada di pasaran/farmasi? Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.






VITAMIN C - SUSTAINED RELEASE

KEISTIMEWAAN  VITAMIN C SUSTAINED RELEASE


VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

Vitamin C telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit.  Terjadinya proses penuaan disebabkan oleh radikal yang bebas serta faktor usia. Maka akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut ia menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.

Oleh itu Vitamin C:

1)Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi, pendarahan dibawah kulit, dll)
2)Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
3)Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
4)Memguatkan dinding salur darah.
5)Menolong pembentukan tisu gentian.
6)Mengurangkan kedut pada kulit
7)Membaiki parut pada kulit.
8)mencegah penurunan payudara dan buttock
9)menjadikan kulit lebih cerah
10)menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
11)menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.
12)membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit serta mempertingkatkan keanjalan otot agar tidak lembik..
13)melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.
14)Merawat jangkitan saluran kencing.

Tambahan : ~Vitamin c ni mampu untuk mencuci paru-paru perokok...bukan setakat mencuci paru2 perokok, malah org yg merokok akan kehilangan 50-100mg vit c dlm bdn dia stiap satu btg rokok yg dia hisap.. bape byk kekurang vit c dalam bdn dia..so dgn mengambil vitamin c penting untuk membantu perokok mendapatkan kembali kehilangan vitamin c dalam badan..

KENAPA VITAMIN C SHAKLEE BERBEZA DENGAN VITAMIN C YG LAIN?

  •  Ia diproses dengan pemanasan minimum, tanpa bahan kimia bagi kekalkan keaslian
  •  Sustained Release - dilepaskan 100mg setiap jam dalam tempoh 5 jam, berkuasa selama 24 jam
  •  Bioflavonoid - co factor vitamin C bagi membantu tindakbalas secara semulajadi.
  •  Clinically tested
  •  Tiada pewarna/ perasa tiruan, pengawet atau bahan kimia
  •  HALAL dari Islamic Services of America (ISA) dah diiktiraf JAKIM
  •  Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia
  • khasiat bersamaan 7 biji oren



 SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C?

  •  org yg nak kulit gebu, anjal dan awet muda,
  •  org yg nk improve seksual health,
  •  org yg nak kurus,
  •  ibu mengandung/ menyusu/ lepas bersalin,
  •  individu dalam recovery penyakit/ selepas pembedahan, kanak-kanak
  •  orang yang mudah demam dan selsema,
  •  pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke,
  •  kolesterol tinggi dan darah tinggi, anemic,
  •  org yg mudah stress & moody
  •  perokok aktif/ pasif,


Kesimpulannya kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.


Oleh itu ambillah vitamin C untuk kesihatan, tingkatkan sistem imunisasi tubuh dan untuk kecantikan
Ingat : vitamin C untuk CANTIK!



SET NUTRISI IBU HAMIL



CADANGAN SUPPLIMENT BAGI IBU HAMIL 1ST TRIMESTER


Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung


(1)     B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic lagi, kerana B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

(2)     Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie adalah multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin .

(3)     Vita-C 500mg - 1 tab daily. Meningkatkan antibodi, natural antihistamine and collagen source, so mengurangkan  stretch mark effect.

(4)     OsteMatrix - 4 tab daily, menambahkan 1000mg calcium yang diperlukan setiap hari. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari sudah mencukupi.

(5)     Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari je,  air kosong, atau campuran juice seperti orange juice. ESP ini memberikan tenaga berterusan, supaya ibu-ibu tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.

(6)     OmegaGuard - 1 tab daily . DHA dan EPA dari Omega  penting untuk pembentukan otak  & mata baby. Buat ibu-ibu pula, ia mengawal paras kolesterol dalam badan ibu-ibu semua.


CADANGAN SUPPLIMENT UNTUK IBU HAMIL (2ND DAN 3RD TRIMESTER)















Thursday 8 November 2012

VITAMIN B-COMPLEX


Anda sering mengalami masalah ini???


  • STRESS?? TEKANAN DITEMPAT KERJA?DI RUMAH?
  • SERING PENING DAN RASA SEPERTI NAK PITAM?
  • SERING LETIH DAN MENGANTUK?
  • MUKA PUCAT DAN LESU?
  • MENGANDUNG DAN MENGALAMI ANEMIA?
  • TIADA SELERA MAKAN?
  • BADAN YG TIDAK SELESA DAN TIDUR YG SERING TERGANGGU?
  • BADAN KURUS DAN LEMAH?

VITAMIN B-COMPLEX  dapat menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Maka B-Complex boleh mambantu anda:

1) Memberi tenaga dan kemampuan berfikir
2) Mengelakkan Penyakit Beri-beri
3) Meransang Pertumbuhan Pada Kanak-kanak
4) Membantu Dalam Kesihatan Mata, Kulit Kuku Dan Rambut
5) Penting untuk sirkulasi dan sistem saraf
6) Mencegah Stress dan Kemurungan
7) Menguatkan Antibodi Tubuh
8) Sangat Penting untuk aktiviti sel dan pertumbuhan genetik
9) Diperlukan dalam pembentukan Asid Amino
10) Memproses dan membaiki sesl-sel darah merah
11) Mencegah penyakit anemia (Tekanan Darah Rendah)




Sunday 4 November 2012

PROMOSI NOVEMBER











Assalamualaikum…
Alhamdulillah, kita pun dah masuk  bulan November. Bulan lepas, promosi ESP sangat HOT! Sampai ESP kehabisan stok 1 Malaysia buat masa ni. Memang HANGATT dan BESTT. Rugi mereka yang tak dapatkannya.
Bulan ni pula promosi Alfalfa pula, teman sejati terutamanya untuk …kaum HAWA…Kaum ADAM pun boley juga… Ni Penangan cerita ADAM dan HAWA..hehehee.


Alfalfa bukan hanya untuk menambahkan susu sahaja, malah lelaki pun boleh mengambilnya. Antara 1001 fungsi ialah :
1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk alergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitam dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan
20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
AMARAN: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE
Jom dapatkan promosi Alfalfa bulan ini. Jangan sampai kehabisan stok seperti ESP pula ya..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat? Hubungi saya Azila- SMS/WhatsApp- 0133486878/ azielaamin@yahoo.com/azielaamin@gmail.com 


Wednesday 3 October 2012

SET PENYUSUAN



Di shaklee ader beberapa set yang boleh digunakan untuk menambah kualiti dan kuantiti susu ibu. antaranya:-


Ni nak bagitau pengalaman saya menggunakan product tersebut dalam masa berpantang.. Sekarang saya dah masuk 2 bulan bersalin. Selepas bersalin, saya mengalami nipple yang luka dan merekah disebabkan hisapan yang tidak betul baby saya.. Saya fully breastfeeding untuk anak saya yang ke-4..memang niat saya nak fully bf dari masa pregnent lagi..ni adalah salah satu faktor yang saya cuba usahakan supaya dapat fully bf anak saya..Saya gunakan suppliment Shaklee sepanjang berpantang. Bukan hanya luka bersalin cepat sembuh, luka nipple juga cepat sembuh. Dan yang paling penting semasa berpantang saya sentiasa kelihatan sihat dan bersemangat menguruskan anak2 seramai 4 orang.. Alhamdulillah, disamping kita mengamalkan makanan sihat, kita juga usahakan makan suppliment supaya menambahkan lagi kesihatan dan kulit juga nampak cantik..Paling penting saya nak bagitau rahsia untuk banyakkan susu...

kredit to anakkuwira.com


Rahsia #1 ( Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang.
- makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu.
Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye????

Rahsia #2
Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!

Rahsia #3
Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.
Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan! Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.



Kredit to dapuraulad.blogspot.com

1. Protein
Sebanyak 2-3 hidangan sehari. Saiz satu hidangan adalah 3-4 oz daging, ayam atau ikan.
Antara sumber utama protein boleh didapati melalui daging, ayam, telur, susu, keju dan kekacang.


2. Kalsium
Ibu-ibu memerlukan 1300mg kalsium sehari. Antara sumber utama kalsium adalah seperti susu, yogurt, keju, tauhu.


3. Zat besi
Ibu perlukan 9mg zat besi sehari. Antara makanan yang kaya zat besi seperti daging, makanan laut, kekacang, kuning telur.


4. Vitamin C
Kita perlukan 120mg vitamin ini sehari. Vitamin C boleh diperolehi melalui buah-buahan sitrus seperti oren, kiwi. Manakala buah-buahan tempatan yang kaya vitamin C seperti jambu batu, belimbing. Sayuran seperti brokoli, sawi , kobis bunga, tomato juga kaya vitamin C.

5. Air dan mineral
Badan kita memerlukan air utnuk berfungsi dengan baik. Oleh itu disarankan supaya meminum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari. Sebaik-baiknya air kosong. Selain dari itu boleh ditambah jus, susu, sup dan sebagainya.

Hakikatnya
Mampukah kita untuk pastikan pengambilan makanan seharian kita mengandungi cukup vitamin dan khasiat seperti yang sepatutnya? Contoh mudah, berapa banyak buah yang perlu kita makan sehari untuk pastikan badan mendapat Vitamin C secukupnya? Berapa kilo sayur perlu diambil? Persoalan lain: Adakah bahan mentah (sayur, daging contohnya) diproses dengan betul supaya zat dan vitamin tidak hilang? Dan pelbagai persoalan lagi yang perlu kita fikirkan. Tambahan pula dengan batasan masa dan gaya hidup moden sekarang ini kadang kala memaksa kita 'makan sekadarnya' tanpa menitikberatkan kuantiti apatah lagi kualiti khasiat makanan yang kita ambil. Golongan ibu menyusu pula terpaksa menanggung tanggungjawab yang lebih berat; memastikan badan sendiri mendapat khasiat secukupnya dan pada masa yang sama nak pastikan susu mencukupi dan berkhasiat untuk si anak. Besar sungguh pengorbanan ibu-ibu ni ye..!

Cadangan penyelesaian
Realiti gaya hidup sekarang yang 'serba mudah', 'serba ringkas' dan 'segera' ini sukar untuk ditolak. Oleh itu kita perlu mencari sokongan dan makanan tambahan (supplement) bagi menampung kekurangan zat vitamin yang sepatutnya diambil oleh tubuh. Antara pilihan yang ada adalah dengan mengambil vitamin semulajadi yang diperbuat dari bahan semulajadi dan tidak meninggalkan kesan mudarat kepada tubuh. Contohnya vitamin Shaklee. Apa dia Shaklee? Betul ke Shaklee vitamin semulajadi? nanti akan dikongsikan pada artikal yang akan datang
Untuk ibu menyusu, dicadangkan supaya mengambil set B yang mengandungi Alfalfa, Vitamin C, Vitamin B complex dan Vitalea (multivitamin)


Kesan pengambilan Vitamin
Tindakbalas vitamin ke atas badan adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Bagi mereka yang sudah dibiasakan dengan pengambilan vitamin, penyerapannya lebih mudah berbanding individu yang jarang-jarang sekali ambil vitamin. Oleh itu jangan cepat mengeluh jika sudah seminggu ambil vitamin tapi masih kekal dengan tabiat pemakanan lama, suka 'junk food', suka minuman bergas atau ais, rehat tak cukup, minum air sekadar hilang haus sahaja. Badan perlukan masa untuk membaiki tisu-tisu yang rosak, sebelum menghasilkan output sepatutnya. Selain dari itu pastikan ibu-ibu tidak ambil minuman atau makanan berkafein seperti kopi, teh dan kebanyakan minuman bersoda. Kafein merupakan musuh vitamin yang boleh memusnahkan vitamin dalam badan.

Antara perubahan yang berlaku pada tubuh selepas pengambilan vitamin adalah seperti:

1. Healing crisis - badan rasa lemah, lesu, mungkin demam kerana proses nyahtoksin sedang berlaku.
Jika ini berlaku, banyakkan minum air sekurang-kurang 3Liter sehari, sabar dan berdoa.
2. Badan rasa semakin cergas dan kurang lesu.
3. Kulit menjadi lebih licin dan cantik
4. Rambut juga semakin kurang gugur
5. Lebih bijak mengawal emosi dan rasa lebih tenang

Berminat mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan Trial Pack untuk penggunaan 30 hari dengan hanya RM80, Contct saya Aziela- 0133486878

LinkWithin